Sunday, February 15, 2009

Nasi Tomato Family Liza

Bahan-bahan (7-8 orang makan):-
5 cawan beras
½ tin susu cair isian sejat
½ tin kecil minyak sapi
2/3 tin puri tomato
3 cawan air
3-4 biji bunga lawang
3-4 biji jintan manis
5 cm kulit kayu manis
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
segenggam kismis kuning
3-4 sudu makan kacang pis
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
Basuh beras seperti biasa lalu ditoskan. Ketepikan seketika dalam periuk.

Panaskan kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak sapi.

Apabila naik bau, masukkan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Kemudian, masukkan puri tomato dan air.

Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Alihkan ramuan ini ke dalam periuk berisi nasi tadi.

Tanak nasi di atas dapur menggunakan api sederhana besar atau gunakan sahaja periuk nasi elektrik.

Apabila nasi hampir masak, bubuhlah garam secukup rasa.
Ketika menghidang, taburkan kismis dan kacang pis.

Dalca Sayur Liza


Ayam Masak Merah Liza


Gulai Nasi Berlauk Liza