Bahan-bahan (7-8 orang makan):-
5 cawan beras
½ tin susu cair isian sejat
½ tin kecil minyak sapi
2/3 tin puri tomato
3 cawan air
3-4 biji bunga lawang
3-4 biji jintan manis
5 cm kulit kayu manis
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
segenggam kismis kuning
3-4 sudu makan kacang pis
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Basuh beras seperti biasa lalu ditoskan. Ketepikan seketika dalam periuk.
Panaskan kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak sapi.
Apabila naik bau, masukkan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Kemudian, masukkan puri tomato dan air.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Alihkan ramuan ini ke dalam periuk berisi nasi tadi.
Tanak nasi di atas dapur menggunakan api sederhana besar atau gunakan sahaja periuk nasi elektrik.
Apabila nasi hampir masak, bubuhlah garam secukup rasa.
Ketika menghidang, taburkan kismis dan kacang pis.
Sunday, February 15, 2009
Nasi Tomato Family Liza
Posted by kejora at 10:31 PM 1 comments Permalink
Labels: makan malam, makan tengahari, nasi
Dalca Sayur Liza
Posted by kejora at 10:31 PM 0 comments Permalink
Labels: gulai, kuah, makan malam, makan tengahari, sayur
Ayam Masak Merah Liza
Posted by kejora at 10:28 PM 0 comments Permalink
Labels: ayam, kuah, lauk, makan malam, makan tengahari
Gulai Nasi Berlauk Liza
Posted by kejora at 10:23 PM 0 comments Permalink
Labels: gulai, ikan, kuah, makan malam, makan tengahari, masakan kampung, masakan kelantan, sarapan pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)