Wednesday, June 18, 2008

Kuah Kari Ayam Liza

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ):-

1 kg ayam
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 - 2 sudu makan cili giling
3 - 4 sudu makan serbuk kari
2 - 3 tangkai daun kari
2 - 3 biji kentang
1 biji kelapa
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 - 2 biji buah tomato
1 - 2 ulas asam keping
garam secukup rasa


Cara-cara:-

Ayam dipotong kepada ketulan - ketulan sederhana besar...Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar...Serbuk kari dan cili giling dibancuh bersama sedikit air...Kentang dipotong enam...Tomato dibelah empat...Sediakan santan daripada sebiji kelapa...

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk...Apabila naik bau, masukkan pes kari dan cili giling tadi...Masukkan daun kari...Apabila agak-agak garing, masukkan setengah cawan air...

Masukkan pula ayam...Kacau rata-rata dan biarkan rempah kari meresap...Kemudian, tambahkan 2 - 3 cawan air...Tutupkan kuali atau periuk dan gunakan api yang kecil...Biarkan sampai mendidih...

Masukkan kentang dan tutupkan kembali kuali atau periuk...Apabila kentang agak-agak empuk, masukkan cili merah,cili hijau dan asam keping...

Akhir sekali, masukkan santan dan buah tomato...Biarkan mendidih selama 5 - 10 minit...Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan :P

0 comments: