Monday, June 23, 2008

Sayur Air Family Liza

Bahan-bahan (3-4 orang makan):-

3 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
segenggam kecil udang kering
3-4 ekor udang sederhana besar @ isi ayam
3-4 cawan air
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
1 biji cili merah
1/2 batang lobak merah
1 biji tomato
2-3 batang sawi
sedikit kubis @ kubis cina @ kubis bunga
*opsyenal*
1 keping tauhu
bebola ikan / kek ikan
segenggam suhun

Cara-caranya:-

Masukkan air, cili merah, udang @ isi ayam, lobak merah, kubis, garam dan serbuk lada putih ke dalam periuk...Panaskan di atas api sederhana besar...

Tumbukkan bawang putih, cili padi dan udang kering...Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk menggunakan kuali kecil lalu dipindahkan ke dalam periuk sayur...

Apabila lobak dan kubis agak-agak empuk, masukkan sawi, tomato dan bahan-bahan opsyenal kalau suka...Biarkan mendidih...Kecap rasanya...

Angkat dan sedia untuk dihidangkan :P

0 comments: