Bahan-bahan (4-5 orang makan):-
1 bungkus bihun cap Bintang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
sedikit udang kering
4-5 sudu makan cili giling
7-8 ekor udang sederhana besar
3-4 sudu makan kicap cair
2-3 sudu makan sos tomato
2-3 batang sawi
1/2 biji tomato
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
segenggam tauge
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Bihun direndam dalam air...Sawi dipotong...Tomato dibelah...Cili merah dan bawang besar dihiris...
Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan udang kering...Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi...
Masukkan udang dan bawang besar...
Masukkan cili giling dan kicap...Kemudian, masukkan batang-batang sawi dan cili merah...
Masukkan pula sos tomato...Masukkan sawi dan tomato...
Toskan bihun lalu masukkan ke dalam kuali...Akhir sekali, masukkan tauge...
Bubuh garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan :P
Monday, July 21, 2008
Bihun Goreng Family Liza
Posted by kejora at 12:48 PM Permalink
Labels: bihun, minum petang, sarapan pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment