Wednesday, July 30, 2008

Spaghetti Bolognese Liza

Bahan-bahan (3-4 orang makan):-
1 paket spaghetti cap San Remo
1/2 tin puri tomato
1 1/2 cawan air
3 ulas bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
400 gram daging @ isi ayam - dicincang kasar
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1/2 tin cendawan butang dalam tin - dibelah dua
garam secukup rasa
*opsyenal*
keju Parmesan parut

Cara-caranya:-
Panaskan air bercampur sedikit minyak masak dan 3 sudu makan garam...Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan kecilkan api...Tutup periuk...Apabila spaghetti menjadi 'al dente', toskan spaghetti...Ketepikan...

Untuk kuah:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah bersama cili merah...Masukkan puri tomato dan air...Kemudian, masukkan lobak merah dan daging @isi ayam...

Masukkan sos cili dan sos tomato...Kecilkan api...Apabila lobak merah agak empuk, masukkan cendawan butang, bawang besar dan tomato...

Bubuh garam secukup rasa...Sedia dihidangkan bersama spaghetti tadi :P

0 comments: