Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ):-
1 batang petola
2-3 batang sawi
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
segenggam kecil ikan bilis @ udang kering
1 biji kelapa
garam secukup rasa
*bahan-bahan tambahan* (opsyenal)
1 keping tauhu
segenggam suhun
Cara-cara:-
buang kulit petola yang tajam...kemudian, petola itu dipotong kecil-kecil...sawi dipotong...bawang besar dibelah empat...cili merah dan cili hijau dihiris...tauhu dipotong enam...
masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk...perahkan santan daripada sebiji kelapa...masakkan atas api sederhana...kacau perlahan-lahan...tinggalkan senduk dalam periuk untuk mengelakkan santan daripada pecah minyak...
masukkan tauhu dan suhun...biarkan mendidih...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
Monday, June 9, 2008
Petola Gulai Lemak Putih Liza
Posted by kejora at 10:00 PM Permalink
Labels: gulai, kuah, lauk, makan malam, makan tengahari, sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment