Wednesday, June 11, 2008

Sira Labu Liza

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan ):-

1 biji buah labu sederhana besar
1 kerek manisan @ 1/2 ketul gula melaka
5 senduk kecil gula pasir
2-3 helai daun pandan
kapur makan
2-3 sudu teh garam


Cara-cara:-

potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil...lumurkan dengan kapur makan...kemudian ketepikan selama sejam...ini untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti...

basuh labu bersih-bersih dan susunkan dalam periuk...masukkan manisan,gula pasir, garam dan daun pandan...ini gambar manisan (beli di Kelantan, sebungkus ada 10 kerek = RM10)...
renjiskan sedikit air...kemudian jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit tertutup...
agak-agak labu telah lembut,bolehlah diangkat...sedap dihidangkan sejuk :P

0 comments: