Tuesday, June 10, 2008

Udang Gulai Kuning Liza

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ):-

1 kg udang sederhana besar
20-25 biji cili padi
1 ulas bawang besar
1 batang serai
1-2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji kelapa
2-3 biji mangga muda
2 biji cili merah
garam secukup rasa


Cara-cara:-

bersihkan udang...cili padi ditumbuk...bawang besar dibelah empat dan serai diketuk...

sediakan santan cair dan santan pekat daripada 1 biji kelapa...masukkan santan cair ke dalam periuk...masukkan cili padi, bawang besar, serai dan udang...masakkan atas api sederhana...

apabila mendidih, masukkan cili merah yang dipotong dua...kemudian masukkan santan pekat dan mangga muda yang telah dipotong...biarkan hingga mendidih lagi sekali...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

0 comments: