Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ):-
1 kg ketam
20-25 biji cili padi
1 ulas bawang besar
1 batang serai
1-2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji kelapa
2 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara:-
ketam dibuangkan penyepit yang tajam-tajam, dibersihkan dan potong ikut kesesuaian (utk saiz besar, potong dua)...cili padi ditumbuk...bawang besar dibelah empat dan serai diketuk...
sediakan santan cair dan santan pekat daripada 1 biji kelapa...masukkan santan cair ke dalam periuk...masukkan cili padi, bawang besar, serai dan ketam...masakkan atas api sederhana...
apabila mendidih, masukkan cili merah yang dipotong dua...kemudian masukkan santan pekat dan asam keping...biarkan hingga mendidih lagi sekali...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P
Monday, June 9, 2008
Ketam Gulai Kuning Liza
Posted by kejora at 6:44 PM Permalink
Labels: gulai, ketam, lauk, makan malam, makan tengahari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment