Monday, June 9, 2008

Tauge Goreng Kicap Liza

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan ):-

300 gram tauge
2 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
segenggam kecil ikan bilis @ udang kering
1/2 ulas bawang besar
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
1 biji tauhu
2-3 sudu makan kicap cair
garam secukup rasa

Cara-cara:-

tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis @ udang kering...bawang besar, cili merah dan tomato dihiris...tauhu dipotong enam...tauge dibuang ekornya...

panaskan minyak...tumiskan bahan yang ditumbuk tadi...masukkan kicap...masukkan tauge...kemudian,masukkan bawang besar,cili merah dan tomato...kacau rata-rata...masukkan tauhu...bubuh garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan :P

0 comments: