Wednesday, June 18, 2008

Tauhu Sumbat Istimewa Liza

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ):-

10 keping tauhu lembut
1/2 batang timun
200 gram tauge


*Bahan Kuah Istimewa*

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 - 5 sudu makan cili giling
4 senduk gula pasir
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa


Cara-cara:-

Gorengkan tauhu dan biarkan sejuk...Timun dipotong halus memanjang...Tauge dibuang ekornya dan dicelur...

Gaulkan timun dan tauge...Tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga...Kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan tauge tadi...

Untuk kuah istimewa:

Mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...Masukkan cili giling dan gula pasir...Kemudian, masukkan air asam jawa...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat :P

0 comments: