Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

Nasi Tomato Family Liza

Bahan-bahan (7-8 orang makan):-
5 cawan beras
½ tin susu cair isian sejat
½ tin kecil minyak sapi
2/3 tin puri tomato
3 cawan air
3-4 biji bunga lawang
3-4 biji jintan manis
5 cm kulit kayu manis
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
segenggam kismis kuning
3-4 sudu makan kacang pis
garam secukup rasa

Cara-caranya:-
Basuh beras seperti biasa lalu ditoskan. Ketepikan seketika dalam periuk.

Panaskan kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih menggunakan minyak sapi.

Apabila naik bau, masukkan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis.
Kemudian, masukkan puri tomato dan air.

Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Alihkan ramuan ini ke dalam periuk berisi nasi tadi.

Tanak nasi di atas dapur menggunakan api sederhana besar atau gunakan sahaja periuk nasi elektrik.

Apabila nasi hampir masak, bubuhlah garam secukup rasa.
Ketika menghidang, taburkan kismis dan kacang pis.

Monday, June 23, 2008

Nasi Goreng Family Liza

Bahan-bahan (3-4 orang makan):-

nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi
segenggam kecil ikan bilis @ udang kering
4-5 ekor udang sederhana besar @ isi ayam
3-4 sudu makan cili giling
2-3 sudu teh garam
2-3 batang sawi @ 2-3 batang kacang panjang @ 2-3 helai kubis
1/2 batang cili merah
1 biji telur

Cara-caranya:-

Tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis @ udang kering...Sawi dipotong...Kacang panjang dipotong (anggaran 2cm)...Kubis dipotong...Cili merah dihiris...

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk...Masukkan cili giling dan garam...Kemudian, masukkan udang @ isi ayam...

Masukkan sawi @ kacang panjang @ kubis...Kacau rata-rata...Kemudian, pecahkan sebiji telur...Kacau telur rata-rata...Masukkan cili merah...

Kecilkan api dan masukkan nasi putih...Kacau rata-rata...Sedia untuk dihidangkan :P

Monday, June 9, 2008

Nasi Kerabu Family Liza

Bahan-bahan ( sekeluarga makan ):-
nasi putih (family liza makan nasi putih je) - sedap buat nasi kukus

*bahan kuah tumis*
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
cili giling
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
garam secukup rasa

*bahan sambal kerisik ikan*
3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
3-4 ulas asam keping
1/2 biji kelapa parut
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

*bahan budu*
budu - family liza suka cap sedap sengoti @ cap yacop @ cap selera kampung
4-5 biji cili padi
limau kasturi @ limau nipis @ lemon


*bahan ulam kerabu*
5-10 biji kacang panjang
1 biji timun
1/4 biji kubis
1 batang bunga kantan
1 batang serai
1 genggam daun kesum
1 genggam tauge

*lauk (opsyenal)*
keropok ikan
telur masin
ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
bawang putih jeruk
solok lada

Cara-cara:-

utk kuah tumis: daripada sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...

utk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
sedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera :P